fbpx

Laudya Cynthia Bella enggan ulang dosa silam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLA enggan menjalan hubungan cinta sebelum mendirikan rumah tangga dengan mana-mana lelaki selepas ini.

PENGALAMAN kegagalan rumah tangga ternyata telah mematangkan aktres jelita Indonesia, Laudya Cythia Bella apabila dia memilih untuk tidak mahu menjalin hubungan cinta dengan mana-mana lelaki sebelum berkahwin.

Wanita yang mesra Bella itu juga menyamakan percintaan dan kemesraan antara lelaki dan wanita seperti berpegangan tangan sebelum perkahwinan sebagai perbuatan mengulang dosa-dosa silam. Perkara tersebutlah yang pernah dilakukannya sebelum ini.

“Saya tak mahu bercinta sehingga berpegangan tangan kerana enggan mengulang perkara dan dosa saya yang dahulu.

“Sebaik-baiknya saya cuma mahu mengenali satu sama lain dan jika sudah selesa, nikah sahaja terus,” katanya dalam sebuah video YouTube.

Sebagai info, Bella pernah berkahwin dengan usahawan yang juga bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran pada September 2017 di Kuala Lumpur dan disahkan bercerai sekitar Julai 2020.

Perkahwinan Bella dan Emran bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata.

Selepas bercerai dan hampir tiga tahun menetap serta berulang alik antara Malaysia-Indonesia, pelakon Syurga yang Tak Dirindukan itu mengambil keputusan untuk pulang semula ke negara kelahirannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI