fbpx

Keperluan didik pelajar etika urus niaga digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol (dua dari kanan) memerhati penduduk kampung mengacau bubur Asyura di Surau Soufi Ad-Din, Kampung Banggol, Manir dekat sini hari ini. gambar dan pemberita : Noradila Mahamad

Oleh NORADILA MAHAMAD

KUALA TERENGGANU – Persatuan pengguna di sekolah diseru memainkan peranan mendidik pelajar tentang urus niaga dalam talian yang kian popular pada masa ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, penggunaan platform digital untuk membeli barangan dan mendapatkan perkhidmatan kini sudah semakin digunakan secara meluas dalam kalangan masyarakat termasuk remaja.

“Zaman sekarang remaja bawah 15 tahun pun sudah terdedah dengan dunia digital yang tanpa sempadan.

“Mereka perlu didedahkan dengan pendidikan berurus niaga secara maya termasuk di plaform digital supaya tidak menjadi mangsa penipuan, penggodaman dan buli siber,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri program Kacau Bubur Asyura anjuran Surau Soufi Ad-Din Kampung Banggol, Manir.

Rosol berkata, kerajaan memerlukan kerjasama pelbagai pihak termasuk persatuan pengguna di sekolah untuk mendidik pelajar menjadi generasi pengguna digital yang bijak dan berhemah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI