fbpx

Operasi cari mangsa tertimbus belum dapat dilakukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmi semasa meninjau lokasi runtuhan batu kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai, Ipoh.

IPOH – Masih ada pergerakan batu-batu kecil dikesan di kawasan runtuhan batu kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai dekat sini menyebabkan operasi mencari mangsa tidak dapat dilakukan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, ekoran itu pasukan penyelamat akan melakukan penilaian semula pada pukul 1 tengah hari nanti.

Menurut jurucakap tersebut, ia bagi menilai strategi dan taktikal operasi yang akan dilakukan.

“Pergerakan tanah dan runtuhan kecil masih berterusan hingga kini.

“Pihak penyelamat masih menunggu runtuhan kecil berhenti kerana setiap pergerakan tanah adalah petanda runtuhan besar akan berlaku,” ujarnya.

Operasi mencari dua orang mangsa yang dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan batu kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai kini memasuki hari ketiga.

Antara yang terlibat adalah Pasukan Khas Operasi Taktikal dan Penyelamat Malaysia
(STORM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan polis.

Turut digunakan pasukan Unit Anjing Pengesan Bomba (K9), Unit Dron JBPM, Pejabat Tanah & Galian serta Jabatan Mineral & Galian Negeri Perak.

Pengarah JBPM negeri Perak, Azmi Osman turut berada di lokasi bagi meninjau operasi. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI