fbpx

Gimik murahan, tertipulah kita semua – Fazley Yaakob

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAZLEY YAAKOB tumpang terkesan dengan konten merepek sesetengah artis dalam media sosial.

PETALING JAYA – Selepas Syafie Naswip, Datuk Fazley Yaakob pula meluahkan pandangan berhubung gimik promosi sesetengah syarikat penerbitan drama yang sanggup menyogokkan kaedah pemasaran murahan.

Meletakkan dirinya sebagai peminat, cef selebriti merangkap penyanyi dan pelakon itu, sebagai penonton dia sendiri keliru sama ada mahu menyokong naskah yang menggunakan elemen ‘drama dalam drama’ sebagai pelaris.

“Selama 23 tahun sebagai insan seni, rasanya saya tetap rasa janggal melihat rentetan ‘drama di media sosial’ selepas drama sebenar yang mengikut skrip.

“Jika benarlah, ini cara terbaharu ‘pemasaran’ drama, makin tertipulah kita semua, tidak begitu?

“Drama dalam drama di dalam drama?! Perlu ke melayan drama yang dipromosi berdasarkan gimik dan pemasaran murahan? Pening jadinya! Kamu semua rasa?,” luahnya.

Menurut penggiat seni yang sinonim dengan gelaran Abang Asmara itu, sejak menjadi pelakon drama bersiri serta beberapa kali muncul di layar perak lebih dua dekad lalu, belum pernah dia diminta melakukan promosi sebegitu.

“Saya mula berlakon dan menyanyi dari tahun 1999 lagi. Bermula dengan drama bersiri Sembilu Kasih, kemudian ke telefilem hingga ke filem seperti Gerak Khas The Movie 2, Janji Diana dan Gila Bola,

“Ketika itu, tak ada pula kami diminta buat gimik atau ‘propa’ kena cekik dan mencekik pelakon di lokasi, ‘berlakon’ pengsan depan pengarah dan kru produksi atau buat-buat tercekik semasa babak makan sampai terpaksa panggil ambulans,” tulisnya lagi.

Luahan tersebut rentetan kontroversi antara pelakon Iqram Dinzly dengan Mona Allen yang konon-kononnya berbalah akibat aksi dalam satu babak lakonan sebuah drama.

Fazley yang ditemui usai pelantikannya sebagai cef jemputan di Hotel Four Seasons bertegas, tetap berpegang kepada prinsip enggan menggunakan ‘trend’ cetus sensasi demi viral.

Katanya, semua gimik bergantung kepada pertimbangan seseorang selebriti sama ada sanggup atau tidak untuk mengejar kemasyhuran yang hanya seketika namun memberi kesan negatif terhadap diri sendiri.

“Dalam dunia hiburan ada dua kelompok anak seni di mana satu pihak sanggup melakukan apa saja demi mengejar konten tular, manakala satu lagi bertindak sebagai pengulas sesuatu isu atau isi kandungan yang viral.

“Saya lebih selesa berada di laluan pengulas kerana pada masa sama saya berkongsi pandangan peribadi selain memperincikan butiran yang diperkatakan di laman sosial.

“Bagi saya kalau artis itu sedia mengejar viral dengan cara sedemikian, dia juga seharusnya bersedia menerima pelbagai pendapat tidak kira pujian atau kecaman.

“Mungkin dunia hiburan sekarang sudah berubah. Selagi orang terima, selagi itu akan ada konten merepek. Maksudnya kita boleh nampak peningkatan jumlah pengikut artis tersebut sebaik kandungan viral diperkatakan,” tambahnya.

Berkongsi mengenai kerjasama dengan Hotel Four Seasons sepanjang bulan puasa, penggiat seni yang turut menyerlah sebagai Singing Master Chef itu tidak sabar menyajikan hidangan Nusantara sempena bufet Ramadan nanti.

Malah selain tampil dengan menu daripada resepi asli turun temurun, katanya dia turut berpeluang menghiburkan pengunjung hotel berkenaan sambil memasak.

“Selepas Gegar Vaganza saya terus tekad untuk terus menyanyi biarpun beberapa tahun kebelakangan ini lebih fokus terhadap dunia masakan seBanyak betul gimik murahanta menguruskan restoran.

“Sudah tentu untuk 2022 ini saya mempunyai perancangan mengukuhkan semula kerjaya nyanyian bawah jenama Singing Master Chef dan hasilkan single baharu terbitan syarikat milik penyanyi Indonesia, Tulus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI