fbpx

Suami isteri ditahan ketika menyusup keluar secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat PATI termasuk suami isteri ditahan PGA semalam

KUALA SELANGOR – Cubaan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk suami isteri melarikan diri dengan berenang kira-kira 50 meter ke pantai gagal selepas dicekup pihak berkuasa di jeti nelayan Assam Jawa, di sini semalam.

Kesemua PATI berusia 26 hingga 37 tahun ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) pada pukul 8 pagi.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA Superintendan Rizal Mohamed berkata, mereka terlebih dahulu telah menaiki bot untuk pulang ke Indonesia secara haram.

Katanya, bagaimanapun bot yang dinaiki berpatah balik selepas melihat bot penguatkuasa yang sedang melakukan rondaan di kawasan sekitar.

“Juragan bot PATI itu telah bertindak melepaskan kesemua PATI di tepi laut sebelum mereka berenang ke pantai.

“Pemeriksaan mendapati keempat-empat warga asing itu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau menambah, hasil siasatan mendapati mereka membayar sebanyak RM2,000 bagi tujuan penyusupan itu dengan dua daripada PATI ditangkap adalah suami isteri.

Jelas Rizal, kesemua PATI telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Selangor untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI