fbpx

Presiden Pas perlu mohon maaf – Veteran UMNO Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Veteran Umno mengadakan sidang akhbar berhubung kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang di Pejabat Badan Perhubungan Umno Johor, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Veteran UMNO Johor menggesa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk memohon maaf dan menarik semula dakwaan yang mengatakan masyarakat Melayu Johor kurang memahami politik Islam.

Pengerusinya, Datuk Othman Jais memberitahu, UMNO yang lahir di sini sentiasa komited untuk menegak dan mengembangkan lagi agama Islam di seluruh pelusuk negeri.

Katanya, dalam sejarah perjuangan UMNO di negeri ini, parti itu telah melawan dan melenyapkan musuh Islam dan Melayu iaitu Malayan Union.

“Sepatutnya tuan guru Hadi Awang sebelum mengeluarkan kenyataan itu bertanyakan dahulu dengan rakan karibnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dia kan Menteri Besar Johor selama dua penggal dahulu.

“Namun jika Tan Sri (Muhyiddin Yassin) terlupa, soalan itu boleh juga ditanyakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat UMNO Johor, di sini hari ini.

7 Mac lalu, Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa kurangnya kesedaran politik Islam di Johor sebagai punca Pas tidak mampu menawan hati penduduk negeri ini walaupun menjadi antara negeri terawal ditubuhkan cawangan parti berkenaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI