fbpx

14 PATI cuba masuk perairan negara ditahan APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 14 PATI yang cuba memasuki perairan negara secara haram ditahan APMM di perairan Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN – Seramai 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba memasuki perairan negara secara haram ditahan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang di kedudukan 5.3 kilometer barat daya Sungai Pinang dekat sini semalam.

Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, bot ronda APMM yang melaksanakan rondaan Op Pertiwi telah menerima maklumat daripada nelayan berhubung sebuah bot yang sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 9.30 pagi.

“Hasil maklumat tersebut, anggota bot ronda APMM telah menahan bot kayu terbabit yang dipercayai dari Indonesia bersama 14 penumpang.

”Ketika bot kita menghampiri bot tersebut untuk pemeriksaan, empat individu telah bertindak terjun ke dalam laut untuk melarikan diri, namun cubaan mereka gagal selepas diselamatkan dan kemudian ditahan bersama PATI yang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan awal mendapati, bot yang dinaiki individu berumur lingkungan 21 hingga 51 tahun termasuk tekong dalam perjalanan dari pangkalan daerah Seruway di Aceh, Indonesia cuba memasuki Malaysia melalui jalan laut yang tidak diwartakan.

“Kesemua PATI itu ditahan dan dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Akta Imigresen 1959/63.

Sementara itu, beliau berkata, sekiranya orang ramai melihat sebarang salah laku jenayah maritim di laut atau sebarang kecemasan diminta menghubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 atau talian kecemasan MERS 999. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI