fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 9 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang bakal berlaku melibatkan sembilan negeri sehingga pukul 9 pagi hari ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk ini dilihat tertumpu di keseluruhan kawasan bagi negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

Selain itu, hujan lebat serta ribut petir dijangka melanda sekitar negeri Pulau Pinang dan hampir di semua daerah di Perak pagi ini.

Tambah MetMalaysia, amaran ribut petir telah dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Pahang seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong.

“Hujan lebat, ribut petir turut dilaporkan di Tangkak dan Muar bagi negeri Johor.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Jelasnya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI