fbpx

Peluang NS julang gelaran kejuaraan MHL hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURAMIRAH (kiri) mendahului senarai penjaring terbanyak MHL dengan 15 gol setakat ini. – FB PKS UNITEN

NEGERI Sembilan (NS) akan mengesahkan gelaran Liga Hoki Malaysia (MHL) Wanita 2022 menjadi milik mereka sekiranya menang ke atas Sabah di Stadium Hoki Seremban 2 hari ini.

Atas kertas, NS dijangka tidak menghadapi laluan sukar memandangkan mereka pernah membelasah Sabah 5-0 sewaktu pertemuan pusingan pertama antara kedua-dua pasukan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada 21 Februari lalu.

Justeru, Ketua Jurulatih NS, K. Rajan menyeru anak-anak buahnya agar memberikan ­prestasi terbaik untuk merakam kemenangan meskipun berbaki satu lagi perlawanan terakhir liga menentang Mutiara Impian MSSPP-PSHA pada Ahad ini.

“Kami ada baki dua perlawanan lagi tetapi kalau peluang kami muncul juara liga sudah boleh ditentukan jika menang esok (hari ini).

“Seandainya kami tewas sekalipun pada aksi terakhir menentang Mutiara Impian, kami masih memiliki kelebihan yang besar dari segi jumlah perbezaan gol.

“Sasaran satu piala tercapai jika kami menang gelaran liga. Selepas ini, kami akan buru kejuaraan double pula iaitu Piala Vivian May Soars,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kekuatan NS sukar digugat dan ia terbukti apabila dua pe­nyerang utama pasukan itu sedang bersaing merebut gelaran penjaring terbanyak liga.
Sebagai rekod, Nuramirah Syakirah Zulkifli ketika ini mendahului carta dengan 15 gol diikuti rapat Hanis Nadiah Onn (11 gol).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI