SETIAP minggu ada sahaja cerita kurang enak mengenai Sharifah Rose muncul dalam media sosial.
Jika bukan kerana isu lakonan kayu, semestinya tentang isu plagiat berkaitan bisnes sulungnya, Sekuntum.
Sebelum ini dia dikatakan meniru nama dan menyalahgunakan foto milik orang lain untu promosi.
Kini, Rose sekali lagi dikecam ramai apabila satu rekaan tudungnya dikatakan serupa dengan sebuah karya seni milik individu luar negara.
Namun kata Rose, kali ini bukan plagiat, sebaliknya sudah bayar untuk mendapatkan rekaan tersebut. Lain macam ya.
Rasa-rasanya, Rose perlu lebih berhati-hati dan melakukan ‘kerja rumah’ lebih sedikit bagi memastikan isu sama tidak berulang.
MIZZ LAHAR: Terpesona melihat persembahan Datuk Seri Siti Nurhaliza pada konsert Big Stage Ahad lalu. Masih layak bergelar Penyanyi Nombor Satu Malaysia.