fbpx

Covid-19 buat Che Ta jadi trauma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROZITA CHE WAN

PETALING JAYA – Aktres Rozita Che Wan atau Che Ta memberitahu dia masih trauma dan berasa paranoid dengan kesan jangka panjang Covid-19 kerana hanya mampu terlantar dan tidak bermaya untuk bergerak apabila disahkan positif koronavirus bulan lalu.

Che Ta, 49, berkata, dia me­ngalami demam, cirit birit, sakit tekak dan batuk berpanjangan hingga membantutkan segala pekerjaannya.
Katanya, dia begitu lemah sehingga tidak mampu memegang dan melihat skrin telefon bimbit walaupun selepas tamat tempoh kuarantin.

“Bagaimanapun, saya kuatkan semangat untuk melengkap­kan penggambaran 20 episod drama Mem Bibik yang akan bersiaran awal Ramadan. Saya mahu drama itu cepat selesai kerana mahu berehat sepanjang bulan puasa.

“Saya jadi orang berhati-hati ketika ini sehingga menegur pelakon lain supaya memakai pelitup muka dan menjaga prosedur operasi standard selagi belum sampai giliran babak mereka,” katanya.

Menurut Che Ta, dua anak­nya, Ammar Effendy, 25, dan Aniq Ezzra, 23, hanya mengalami gejala ringan.

Tambahnya, dia disahkan positif Covid-19 selepas menjalani penggambaran Mai Cheq Deco pada 23 Februari lalu.

“Saya terus buat ujian kendiri dan pada sebelah malam, badan saya mula sakit, kepala berdenyut-denyut, cirit birit, muntah selain demam dan selesema,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI