fbpx

Anwar desak pengeluaran KWSP disegerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak agar kerajaan meluluskan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sesegera yang boleh.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau ambil maklum bahawa terdapat desakan dalam kalangan rakyat yang mahukan pengeluaran KWSP dibenarkan oleh kerajaan.

“Seperti yang saya pernah kemukakan soal ini tahun lalu di Dewan Rakyat, saya agak keberatan untuk mendukung langkah ini kerana ia pasti memberi kesan kepada simpanan mereka di masa hadapan meski saya tahu pendirian ini sangat tidak popular di kalangan rakyat.

“Saya turut meletakkan syarat kepada kerajaan saat itu untuk menampung kerugian yang dialami rakyat akibat banjir sekiranya kerajaan enggan untuk membenarkan pengeluaran KWSP.

“Namun, setelah berbulan berlalu, nampaknya kerajaan dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul tidak mempedulikan desakan ini. Bilangan rakyat yang mengeluh kepada saya terus meningkat, ” jelasnya sebentar tadi.

Jelas Anwar, dia terus mendengar keluhan dalam kalangan rakyat yang hari ini berada dalam keadaan yang amat terdesak dan menekan, terutamanya dalam jelajah beliau di seluruh Johor yang sedang berlangsung.

“Justeru, setelah kita melihat bahawa kerajaan seolah tidak ada jalan untuk merungkai kegagalan ini, saya kini mendukung agar pengeluaran ini dibenarkan sesegera mungkin dan tanpa ada apa-apa halangan dan kerenah birokrasi.

“Kerajaan juga mesti ambil kira nasib golongan rakyat yang tidak mencarum, ” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI