ANGGOTA Blackpink, Rosé yang disahkan positif Covid-19 hujung bulan lalu kini telah pulih daripada wabak maut tersebut.
Impak jangkitan, dia membatalkan semua aktiviti dan kerja-kerja seni termasuklah melibatkan penyertaannya di luar negara.
Terbaharu, agensinya mengeluarkan kenyataan mengenai kesihatan dan kesembuhan artis itu.
“Rosé kini sudah bebas Covid-19 dan boleh memulakan semua aktiviti dan kerja seni,” kata kenyataan tersebut.
Selepas sembuh, Rosé ada memuat naik video vlog baharu dalam saluran YouTube peribadi miliknya sebagai penghargaan atas keprihatin dan keresahan peminat yang merindui serta merisaukan keadaannya sepanjang tempoh kuarantin.
Dalam video tersebut, Rosé menghadiri kelas masakan dan belajar membakar dan membuat kuih yang dikenali sebagai madeleine.