fbpx

Suri rumah didakwa tipu urusan sewa rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
R.SHALINI didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan menipu urusan sewa rumah di sekitar Seremban membabitkan kerugian berjumlah RM11, 436 bulan lalu. - Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan menipu urusan sewa rumah membabitkan kerugian RM11, 436 pada bulan lalu.

Tertuduh, R. Shalini, 34, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norzaliza Tesmin dan Mohd. Firdaus Salleh.

Shalini didakwa memperdayakan tiga wanita dan seorang lelaki sehingga mendorong mereka membuat bayaran bagi urusan sewa rumah berjumlah RM9,488 ke dalam akaun seorang individu.

Kesalahan itu dilakukan di dua buah bank di Taman Paroi Jaya dan Ladang Kombok Rantau pada 19 hingga 25 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya.

Selain itu, tertuduh turut didakwa menipu seorang lelaki untuk mempercayai tertuduh telah membuat pembayaran RM1,948 ke dalam akaun seorang individu untuk tujuan sama di Taman Bukit Sentosa pada 17 Februari lalu.

Tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan merayu jaminan paling rendah kerana dia merupakan seorang suri rumah dan mempunyai tiga anak yang masil kecil.

Tertuduh akan dijamin suaminya seorang pemandu lori yang berpendapatan RM2,000 sebulan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,500 dengan seorang penjamin bagi kelima-lima pertuduhan tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI