fbpx

Mahkamah tolak rayuan semakan kehakiman Khairuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairuddin (kiri) dan Muhyiddin (kanak)

PUTRAJAYA – Bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan di sini hari ini berhubung semakan kehakimannya yang memohon mahkamah mengarahkan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun untuk menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Keputusan sebulat suara (unanimous) itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hanipah Farikullah yang bersidang bersama-sama Datuk Azizah Nawawi dan Datuk Darryl Goon Siew Chye selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan Idrus melalui Peguam Persekutuan, Low Wen Zen.

Dalam penghakiman ringkasnya, hakim Hanipah menyatakan asas utama rayuan Khairuddin adalah dakwaan bahawa Idrus sebagai Peguam Negara gagal menjalankan tugasnya untuk menasihati Muhyiddin untuk meletakkan jawatan.

“Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddin telah meletakkan jawatannya. Jadi, isu utama sekarang adalah sama ada semakan kehakiman yang dipohon oleh perayu (Khairuddin) boleh diteruskan atau telah menjadi akademik,” kata hakim itu.

Muhyiddin meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri kelapan pada 16 Ogos 2021 selepas kehilangan sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Ujar hakim Hanipah, adalah sesuatu perkara yang tidak boleh disangkal bahawa mahkamah tidak boleh melayan isu-isu yang telah menjadi akademik atau berbentuk hipotesis.

Sehubungan itu, panel terbabit membenarkan bantahan awal yang dikemukakan Peguam Persekutuan dan menolak rayuan Khairuddin dengan kos sebanyak RM10,000.

Pada 3 Februari 2021, Khairuddin yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan memfailkan permohonan semakan kehakiman itu atas alasan Idrus telah gagal menjalankan tugasnya untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dengan memaklumkan bahawa Muhyiddin sudah tidak lagi memiliki sokongan majoriti ahli parlimen dan tidak layak untuk memberi apa-apa nasihat kepada baginda.

Sehubungan itu, Khairuddin memohon mahkamah mengeluarkan perintah mandamus (mendesak) terhadap Idrus selaku responden untuk menasihati Muhyiddin pergi menghadap Seri Paduka untuk meletakkan jawatannya selaku perdana menteri selepas hilang kepercayaan majoriti di Parlimen.

Sebelum ini, Khairuddin memfailkan rayuan tersebut selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan kebenaran semakan kehakimannya yang memohon perintah mandamus bagi Idrus menasihati Muhyiddin supaya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun pada 27 April 2021, Hakim Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid menolak permohonan tersebut selepas mendapati Khairuddin tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memulakan tindakan undang-undang itu.

Hakim terbabit dalam penghakimannya turut menyatakan Khairuddin gagal menunjukkan bagaimana beliau terkesan teruk oleh tindakan Idrus tidak menasihati Muhyiddin supaya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI