fbpx

Hujan lebat, ribut petir di lima negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Penduduk di lima negeri dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran hujan lebat serta ribut petir yang dijangka berlaku sehingga lewat petang hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, cuaca buruk itu melibatkan beberapa kawasan di negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia, antara kawasan yang terlibat di Sarawak adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Song), Bintulu dan Limbang.

Selain itu, hujan lebat serta ribut petir dijangka berlaku di daerah Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim bagi negeri Perak.

“Di Selangor, keadaan yang sama dilaporkan tertumpu sekitar Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

“Manakala hujan lebat dijangka malanda bagi keseluruhan kawasan di Kuala Lumpur serta Jelebu, Negeri Sembilan petang ini,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, hujan lebat luar biasa yang berlarutan dalam tempoh dua jam menjadi punca berlakunya banjir kilat di sekitar Lembah Klang sejak petang kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI