fbpx

Identiti Park Gyuri disalah guna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK GYURI

PENYANYI Park Gyuri mendedahkan ada cubaan daripada individu tidak dikenali menggunakan nama dan maklumat peribadi dirinya untuk memperdaya kenalan terdekat.

Malah ibunya sendiri hampir menjadi mangsa selepas individu tidak bertanggungjawab itu menyamar sebagai dirinya menerusi aplikasi KakaoTalk.

Gyuri memberi amaran kepada kenalannya supaya berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan kegiatan yang semakin berleluasa itu.

“Ada individu yang menggunakan identiti saya sebelum menghubungi kenalan rapat. Saya tidak mampu untuk sebarkan tentang perkara ini kepada setiap seorang, jadi saya kongsikan menerusi Instagram sahaja.

“Jika ada daripada kalian yang pernah menerima mesej begini, tolong buat laporan.

“Saya sudah memeriksa alamat IP individu tersebut tetapi dia bukan berasal dari sini. Sila berjaga-jaga,” tulisnya.

Menerusi perkongsian tersebut, bekas anggota kumpulan KARA tersebut itu melampirkan tangkap layar perbualan antara ibunya dengan penjenayah terbabit.
Dalam perbualan itu, penjenayah tersebut menyamar sebagai Gyuri dan meminta sejumlah wang daripada ibunya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI