KUALA LUMPUR – Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) telah melancarkan model kenderaan utiliti crossover (CUV), Ioniq 5 di Bangsar Shopping Center di sini hari ini.
Menurut Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung, kenderaan elektrik itu akan dijual pada harga bermula RM199,888.
Katanya, tiga varian ditawarkan seperti Ioniq 5 Lite, Ioniq 5 Plus dan Ioniq 5 Max.
“Model ini mendapat sambutan yang menggalakkan di kebanyakan negara dan kami yakin CUV elektrik dengan rekaan futuristik ini akan menarik minat rakyat Malaysia.
” Varian IONIQ 5 Lite dan Plus meruoakan kenderaan pacuan dua roda (2WD) yang dilengkapi dengan pek bateri 58 kWj,” katanya.
Tambahnya, varian Max yang merupakan pacuan semua roda (AWD) menggunakan pek bateri 72.6 kWj.
“IONIQ 5 menyokong infrastruktur pengecasan 400-V dan 800-V.
“Platform ini menawarkan 800 V keupayaan pengecasan sebagai standard, bersama-sama dengan pengecasan 400 V tanpa memerlukan komponen tambahan,” tambahnya.
HSDM menawarkan waranti dua tahun atau 50,000 kilometer (km) dan jaminan bateri selama lapan tahun atau 160,000 km atau mana-mana yang tiba dahulu.
Para pelanggan juga ditawarkan is pakej waranti tambahan dengan tambahan kos. – KOSMO! ONLINE