fbpx

Pemancing terkejut sang bedal muncul dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seekor buaya yang cuba menyambar umpan pemancing di sebuah sungai dekat ladang kelapa sawit di Kuala Kurau.

PARIT BUNTAR – Sebuah klip video memaparkan seekor buaya cuba menyambar umpan pemancing di sebuah sungai dekat ladang kelapa sawit di Kuala Kurau.

Difahamkan video yang tular itu, berdurasi satu minit 49 saat itu dirakam tiga hari lalu dan telah dimuat naik oleh Roshaimi Mat Hitam di facebook miliknya hari ini.

“Saya dapat rakaman ini dari rakan yang juga kaki pancing dalam video itu.

“Tujuan saya memuat naik video rakaman itu supaya kaki pancing di daerah Kerian lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti mereka dikawasan ladang sawit itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Roshaimi, rakannya itu tidak tahu tentang kewujudan buaya itu ketika memancing di lokasi tersebut.

Perakam asalnya yang mahu dikenali sebagai Badrul berkata, beliau bersama dua rakannya pergi memancing ikan tanpa tahu adanya pak bedal mendiami dikawasan terbabit.

“Masa nak masuk ke kawasan ladang kelapa sawit tu, ada penduduk yang berselisih menasihatkan agar kami berhati-hati.

“Memang tak sangka sama sekali setelah mendapat tangkapan ikan toman yang ketiga, baru kami sedar ada buaya disitu. Mulanya kami ingatkan pelepah sawit berduri yang timbul pada permukaan sungai, rupanya buaya,” katanya.

Bulan lalu, dua klip video tular memaparkan sekumpulan lelaki dilihat seakan-akan membuli seekor buaya di sebatang sungai dikawasan ladang kelapa sawit di Kuala Kurau.

Video berkenaan mendapat perhatian Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak apabila menasihati orang ramai supaya berhati-hati. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI