fbpx

Banjir: Mangsa terus menurun kepada 901 di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Jumlah mangsa yang terjejas banjir di seluruh Selangor terus mencatatkan penurunan kepada 901 orang setakat ini.

Statistik setakat pukul 10.38 pagi itu mencatatkan penurunan berbanding 1,018 orang malam tadi.

Berdasarkan maklumat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa berkenaan terdiri daripada 251 buah keluarga.

“Mereka melibatkan seramai 315 lelaki dan 278 wanita dewasa serta 278 kanak-kanak.

“Selain 40 warga emas, mangsa turut merangkumi 30 bayi dan 11 golongan orang kelainan upaya (OKU),” katanya.

Dalam pada itu, Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan lapan PPS yang masih dibuka itu melibatkan lima daerah setakat pukul 8 pagi tadi.

Ia merangkumi kawasan di sekitar Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat,  Petaling dan Sepang.

PPS itu antaranya Dewan MPS Kampung Melayu Sri Kundang, Dewan Orang Ramai Sri Permata, Kampung Sungai Serai, Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang dan Kompleks Penghulu Mukim Cheras, Batu 10.

Selain itu, ia melibatkan Dewan Camelia Putra Height, Dewan Kenanga Seksyen 28, Masjid Putra Height, Sekolah Kebangsaan (SK) Puchong Indah dan SK Kota Warisan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI