PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan 31,490 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 3,680,953 kes.
Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 473 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
“Kesemua kes tersebut dilaporkan di Selangor (8,095 kes), Kuala Lumpur (4,527 kes), Kedah (3,015 kes), Pulau Pinang (2,425 kes), Sarawak (1,903 kes), Negeri Sembilan (1,883 kes), Johor (1,721 kes), Kelantan (1,647 kes) dan Pahang (1,409 kes).
“Seterusnya Perak (1,279 kes), Terengganu (1,277 kes), Sabah (1,216 kes), Melaka (554 kes), Putrajaya (201 kes), Perlis (190 kes), Labuan (148 kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.
Dalam masa sama, sebanyak 79 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 33,384 kes serta sebanyak 19 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 6,914 kes.
Sebanyak 306,680 kes aktif dilaporkan melibatkan 294,242 kes dikuarantin di rumah, 3,397 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 8,668 kes di hospital, 150 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 223 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE