PETALING JAYA – Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Qrera Sdn. Bhd. (Qrera), Farah Nadhirah Ibrahim telah diiktiraf sebagai salah seorang Malaysia Prestigious Industry Award (MYPIA) 2021 baru-baru ini.
Qrera adalah pengeluar produk penjagaan rambut, kulit dan kuku berjenama , Le’HairBoss.
Anugerah anjuran Malaysia Organisation of Company Director (MOCAD) itu adalah untuk mengiktiraf individu termasuk organisasi yang membantu menggalakkan perkembangan ekonomi negara.
Menurut Farah Nadhirah, perniagaan yang diusahakan sejak dua tahun lalu kini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pasaran termasuk usahawan yang kini menjadi stokis dan pengedarnya.
“Selepas beberapa beberapa bulan melancarkan makanan tambahan pertama di Malaysia untuk rambut, kuku dan kulit, perniagaan semakin aktif, kemudian kami perkenalkan rangkaian produk lain seperti syampu, tonik dan perapi.
“Produk ini dihasilkan daripada formulasi dan hasil daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama setahun , ia bertujuan untuk menghasilkan produk berkualiti dan memberi manfaat kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan.
Rangkaian produk tersebut ditawarkan pada harga antara RM59 sehingga RM129 seunit. KOSMO! ONLINE