fbpx

Muhaizar letak sasaran pingat emas di Hanoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAIZAR

ATLET Marathon negara, Muhaizar Mohamad sekali lagi mencuri tumpuan apabila la­yak ke temasya Sukan SEA Hanoi buat kali ketiga pada sukan dwitahunan tersebut.

Pada aksi kelayakan ke Sukan SEA yang berlangsung di Putrajaya Ahad lalu, anak jati Gurun, Kedah itu mengekalkan larian terbaiknya dan berjaya menamatkan sai­ngan 2 jam 32 minit 21 saat.

Muhaizar berjaya mengetepikan cabaran Poo Vasanthan Subramaniam (2:36:53s) di tempat kedua dan ketiga menjadi milik Zulkhairi Shahrim (2:50:05s).

“Syukur kerana sekali lagi berjaya menempah slot ke Sukan Sea Hanoi di Vietnam buat kali ketiga berturut-turut.

“Bagi saya, bukan mudah mengekalkan tenaga dan la­rian konsisten kerana dua tahun tiada kejohanan akibat pandemik. Saya bangga layak ke Sukan SEA sekali lagi pada usia 37 tahun.

“Pastinya saya mahu menamatkan karier dengan pi­ngat emas selepas dua temasya sebelum ini hanya meraih gangsa. Itulah azam saya pada 2022,” katanya kepada ­Kosmo! semalam.

Muhaizar seorang komando di Kem Terendak, Melaka sebelum ini melakukan kejutan apabila muncul atlet pertama dalam tempoh 44 tahun meraih penamat podium tempat ketiga pada acara maraton Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Dua tahun selepas itu, dia mengekalkan larian terbaiknya sekali lagi apabila meraih gangsa pada Sukan SEA ke-30 di Fi­lipina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI