fbpx

MSC perlu penuhi kriteria ahli gabungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORZA dilantik sebagai Naib Presiden OCA zon Asia Tenggara selepas menang tanpa bertanding untuk jawatan tersebut.

KONFEDERASI Sepak Takraw Malaysia (MSC) terpaksa me­nunggu lebih lama untuk menjadi sebahagian ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), meskipun organisasi itu kini diiktiraf sebagai ‘keluarga’ Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) dan juga Pejabat Pesuruhjaya Sukan.

Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menegaskan, pihaknya telah menerima permohonan rasmi daripada MSC untuk bernaung di bawah mereka, namun organisasi tersebut perlu melalui beberapa kriteria serta prosedur kemasukan yang ketat sebelum dipilih menjadi ahli gabungan mereka.

“Buat masa ini, PSM adalah ahli gabungan MOM. Kita juga te­lah menerima permohonan daripada MSC lewat malam semalam (kelmarin) untuk menganggotai sebagai ahli gabungan MOM.

“Bagaimanapun, terdapat kriteria yang perlu dilalui persatuan, tertakluk dengan perlembagaan agak ketat dan proses juga rumit sebelum kita membuat keputusan akhir.

“Antara kriteria perlu dilalui persatuan baharu ini adalah mereka harus mempunyai kedudukan kewangan, perkembangan urus setia, penganjuran kejohanan yang diadakan, program akar umbi dan sebagainya.

“Jadi kriteria seperti ini akan dinilai oleh MOM sebelum keputusan akhir dibuat. Jadi, keputusan ini akan ambil masa yang lama.

“Saya juga berharap Pesuruhjaya Sukan tidak tergesa-gesa dalam membuat sebarang keputusan kerana MOM melihat secara keseluruhan kepentingan sukan sepak takraw kepada negara dan tidak menjejaskan pembangunan sukan tersebut di pe­ringkat akar umbi,” tambahnya.

MSC dikatakan semakin hampir untuk menjadi badan induk kebangsaan bagi sukan sepak takraw di negara ini selepas Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) disingkirkan daripada menjadi ahli gabungan Astaf.

MSC sah jadi ahli gabu­ngan Astaf berkuatkuasa kelmarin selepas mendapat persetujuan Presiden Astaf, Datuk Abdul Halim Kader (Singapura) dan Setiausaha Agung, Boonchai Lorhpipat dari Thailand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI