fbpx

Pandemik Covid-19 paksa Sang Penyu berehat panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD TFC terpaksa akur perlawanan menentang Negeri Sembilan ditunda selepas skuad kendalian K. Devan itu terpalit dengan Covid-19. - TFC

TERENGGANU akan terus berehat lebih lama apabila pertemuan dengan Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam ini terpaksa ditunda ke tarikh baharu.

Ia menjadikan aksi Liga Super ketiga yang berdepan penangguhan ekoran Covid-19 selepas dua aksi membabitkan Sri Pahang, menentang Terengganu FC (TFC) pada 5 Mac lalu dan Selangor (semalam) turut ditunda.

Di kem NSFC, perkhabaran ini sedikit merencatkan momentumnya selepas membuka tirai Liga Super de­ngan langkah kanan, menewaskan Sabah 1-0.

Gangguan ini juga mungkin memeningkan Liga Bola Ssepak Malaysia (MFL) untuk menentukan tarikh baharu bagi kesemua perlawanan yang terpaksa ditangguhkan.

“MFL mengumumkan perlawanan Liga Super yang menemukan TFC dan NSFC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 9 Mac 2022 terpaksa ditunda ke tarikh baharu.

“Ia susulan 15 pemain dan pegawai NSFC disahkan positif Covid-19, sekali gus perlawanan kedua-dua pasukan itu dalam pusingan pertama Piala FA pada 13 Mac di venue sama juga terpaksa ditunda.

“MFL ingin menzahirkan rasa simpati kepada barisan pemain dan pegawai NSFC yang disahkan positif Covid-19 dan semoga mereka akan kembali sembuh,” kata MFL menerusi kenyataan.

Empat perlawanan itu adalah Perak menentang Kelantan United, Selangor bertemu skuad Projek FAM-MSN, Terengganu II menentang UiTM, kesemuanya patut dilangsungkan Sabtu lalu.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama Negeri Sembilan FC dihimpit isu Covid-19 dan musim lalu, skuad Hoben Jang Hoben terpaksa menarik diri daripada saingan Piala Malaysia seawal peringkat kumpulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI