fbpx

Syafie Naswip kecewa ‘marketing’ murahan drama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KECEWA dengan cara marketing sesetengah pelakon untuk melariskan drama mereka, Syafie berkata, penonton sekarang sudah bijak menilai gimik murahan.

PETALING JAYA – Pelakon popular Syafie Naswip meluahkan kekecewaannya apabila segelintir pelakon sanggup melakukan gimik atau ‘marketing’ murahan demi membuatkan drama lakonan mereka popular.

Menurut Syafie atau nama sebenarnya, Muhammad Shafie Naswip, 30, ‘marketing’ murahan dilihat seperti sudah menjadi kelaziman sejak kebelakangan ini.

“Zaman sekarang nak lakukan (popularkan) drama kena buat pergaduhan di set (penggambaran), kena buat live menangis-nangis macam psiko.

“Lepas itu apabila dikecam kata salah netizen dan jawapan tidak apa, aku dapat pahala percuma,” tulis Syafie dalam Instagramnya sebentar tadi.

Tambah Syafie, lebih mengecewakannya apabila pelakon berbakat besar juga sanggup melakukan gimik murahan sebegitu demi publisiti drama lakonan mereka.

“Lebih menyakitkan orang yang buat ini (gimik murahan), adalah orang-orang yang sangat berbakat. Kenapalah? Tidak boleh hadam,” kata Syafie.

Sungguhpun begitu, sebagai pelakon dan anak seni yang sudah masak dengan permainan dunia glamor, Syafie tidak menolak sebarang gimik mahupun pemasaran untuk sesebuah drama.

Namun begitu, biarlah pemasaran tersebut dilakukan dengan cara yang lebih baik.

“Boleh sahaja nak ‘marketing’ cara yang lebih sihat dan bermaruah sedikit. Cukuplah berlakon di set sahaja,” kata Syafie.

Luahan kecewa Syafie turut dipersetujui oleh ramai rakan artis dan karyawan seni antaranya Elvina Mohamad, Pablo Amirul, Fify Azmi, Sangeeta dan pengarah popular, Shahrulezad.

Malah, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Syafie dan menyifatkan penonton kini sudah semakin bijak untuk menilai sebuah gimik murahan.

Terdahulu, pelakon Mona Allen mendakwa dirinya sengaja dicekik oleh Iqram Dinzly ketika menjayakan penggambaran drama lakonan mereka, Hati Yang Dikhianati.

Walaupun mengakui dirinya banyak kali dicekik oleh Iqram yang dilabelkan Mona sebagai lelaki psiko, namun netizen mendakwa kejadian tersebut hanyalah gimik dan publisiti untuk melariskan drama mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI