fbpx

Aaron Aziz mohon henti sebar cerita ‘Kak Long 7E’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NASIHAT Aaron, netizen tidak perlu lagi bercakap atau menghentam wanita dikenali sebagai Kak Long 7E kerana dia sudah pun meminta maaf atas kesalahan dilakukannya.

PETALING JAYA – Pelakon Datuk Aaron Aziz memohon orang ramai supaya berhenti berkongsi dan mengecam cerita tular tentang ‘Kak Long 7Eleven’.

Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz, 46, berkata, cerita tentang individu terbabit biarlah berlalu memandangkan dirinya sudahpun membuat permohonan maaf.

“Saya minta jasa baik netizen semua untuk henti ulang siar tentang Kak Long 7E.

“Dia pun dah minta maaf dan pasti menyesal. Kasihan anak dia nanti nak pergi sekolah malu diejek apa semua,” katanya menerusi hantaran status dalam Instagram.

Aaron yang kini sedang hangat dengan drama rantaian, Suamiku Lelaki Pendosa, mengharapkan agar orang ramai mendoakan yang baik-baik buat individu tersebut.

“Kita doakan yang baik-baik sahajalah ya. Cerita dah habis jadi biarlah keluarga itu hidup dengan aman.

“Saya percaya dia sudah mendapat ikhtibar daripada apa yang berlaku. Jazakallahu Khairan (semoga Allah Membalasmu dengan Kebaikan).

“Tiada manusia yang sempurna. Semua orang ada sikap buruk. Maafkanlah. Itu lagi mulia daripada nak terus mengecam,” katanya.

Selain video di kedai serbaneka berkenaan, turut tular ialah video wanita terbabit bersikap kurang ajar terhadap kakitangan restoran makanan segera.

Sejak beberapa hari lalu, tular dalam media sosial video yang memaparkan wanita tersebut bersama anaknya membuat ulasan makanan untuk sebuah restoran makanan segera pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI