PETALING JAYA- Operasi kedai-kedai makan yang sebelum ini dibenarkan sehingga pukul 12 tengah malam sahaja kini mendapat kebenaran untuk dibuka dalam tempoh 24 jam selari dengan peralihan negara ke fasa endemik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, had masa operasi premis makanan kini dimansuhkan dan pemilik boleh menjalankan operasi selama 24 jam mengikut syarat lesen operasi mereka.
“Selain itu, sempadan negara juga bakal dibuka dibuka bermula 1 April depan dan keputusan itu dibuat berdasarkan tiga perkara asas.
“Antara tiga perkara asas itu dibuat berdasarkan sains dan fakta terkini Covid-19 selain membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara lain di mana sebelum ini ia dihadkan,” katanya dalam satu sidang akhbar khas di sini tadi. -KOSMO! ONLINE