fbpx

Pelarian Ukraine cecah dua juta hari ini atau esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELARIAN Ukraine tiba dengan menaiki bas di sempadan Greece-Bulgaria di Promachonas, Greece Utara semalam. - AFP

OSLO, Norway – Bilangan pelarian yang melarikan diri daripada perang di Ukraine dijangka melepasi angka dua juta dalam masa dua hari, kata ketua agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) hari ini.

“Saya fikir kita akan melepasi angka dua juta pelarian mungkin hari ini atau paling lama, esok. Justeru, angka ini tidak berhenti, kata Pesuruhjaya Tinggi untuk Pelarian PBB, Filippo Grandi kepada pemberita di Oslo. 

Semalam, UNHCR menyatakan bahawa bilangan pelarian adalah lebih 1.7 juta orang.

Grandi membuat kenyataan itu pada satu sidang akhbar selepas melawat Moldova, Poland dan Romania. Ketiga-tiga negara itu menerima kebanjiran pelarian di sempadan masing-masing dengan Ukraine sejak Rusia menceroboh Kiev pada 24 Februari lalu.

Sebagai perbandingan, Grandi berkata, perang Balkan di Bosnia dan Kosovo menyaksikan ‘mungkin dua hingga tiga juta pelarian tetapi jumlah itu adalah dalam tempoh lapan tahun.’

Walaupun senario itu masih berlaku di tempat-tempat lain di dunia, tambah Grandi: “Ini kali pertama ia berlaku di Eropah sejak Perang Dunia Kedua,”.

Selepas beberapa percubaan yang gagal, Rusia berjanji akan membuka koridor kemanusiaan hari ini untuk membolehkan orang awam meninggalkan bandar-bandar yang dibedil oleh tentera Kremlin. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI