fbpx

 Safawi dedikasi Anugerah Gol Terbaik Sedekad AFC untuk peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Safawi (tengah) melepasi empat pemain pertahanan TFC I pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam tadi.

KUALA NERUS – Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Safawi Rasid mendedikasi Anugerah Gol Terbaik Sedekad Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang dimenanginya semalam kepada peminatnya di seluruh negara khususnya Johor.

Beliau berkata, pemilihan gol yang dijaringkan ketika menentang kelab China, Shandong Luneng pada aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim lalu itu telah merangsang motivasinya untuk meningkatkan lagi mutu permainan.

“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang bantu saya menang (Anugerah Gol Terbaik Sedekad AFC). Saya hargai sangat kerana bukan senang hendak mendapat anugerah gol terbaik.

“Ia memberi semangat baru kepada saya. Begitupun saya masih anggap bukan pemain yang bagus dan perlu bekerja keras berlatih untuk mencapainya,” katanya ketika ditemui selepas aksi Liga Super JDT menentang Terengganu FC I di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu malam tadi.

Terdahulu, laman web rasmi AFC kelmarin mengumumkan Muhammad Safawi, 23, memenangi Anugerah Gol Terbaik Sedekad AFC setelah menerima undian tertinggi iaitu 34 peratus daripada peminat bola sepak dari seluruh Asia.

Undian bagi meraikan jaringan terbaik dalam saingan ACL sejak 10 tahun lalu tersebut telah dibuka untuk peminat bola sepak Asia sejak tiga minggu lalu di laman web rasmi AFC berkenaan.

Sebelum ini jaringan sama menerusi sepakan lencong yang dilakukan Muhammad Safawi ketika menewaskan penjaga gol Shandong Luneng, Wu Xinghan pada aksi itu turut diundi sebagai gol lencongan terbaik ACL 2019 pada Mei lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI