fbpx

Pendeposit lebih 18 tahun perlu tukar status

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan Tabung Haji.

PETALING JAYA- Lembaga Tabung Haji (TH) memberi peringatan kepada pendeposit melebihi umur 18 tahun namun masih memegang Akaun Kanak-Kanak di bawah jagaan untuk bertukar kepada status Akaun Dewasa.

Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mohamed Ameen Abd. Wahab berkata, penukaran status itu perlu dibuat sebelum 1 Mei 2022 berikutan akaun di bawah jagaan hanya boleh ditadbir oleh penjaga bagi kanak-kanak berumur bawah 18 tahun sahaja.

“Pengumuman pelanjutan tempoh pada bulan November lalu adalah untuk memberi peluang kepada pendeposit yang berumur 18 tahun ke atas dan penjaga untuk melakukan proses penukaran status di cawangan-cawangan TH berdekatan.

“TH akan melaksanakan proses pembekuan transaksi pengeluaran sekiranya pendeposit gagal menukar status akaun bermula Isnin, 2 Mei 2022,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, dalam masa sama status link akaun antara akaun penjaga di bank dan Akaun Kanak-Kanak di TH akan terbatal serta pendaftaran haji juga tidak dapat dilakukan.

“TH menyarankan kepada semua ibu bapa dan penjaga untuk datang bersama anak tersebut ke cawangan TH yang berdekatan bagi menukar status Akaun Kanak-Kanak ke Akaun Dewasa agak tidak timbul kesulitan di masa akan datang.

“TH mengambil langkah ini bagi memastikan semua akaun pendeposit yang mencapai 18 tahun diuruskan oleh pendeposit itu sendiri dan rekod maklumat serta biometrik pendeposit berumur 18 tahun tersebut dikemas kini,” ujarnya.

Pada masa sama, TH juga menyarankan semua pendepositnya untuk memastikan akaun mereka
kekal berstatus aktif untuk terus menikmati manfaat menyimpan di institusi itu termasuk simpanan dijamin kerajaan, menerima agihan keuntungan, pengecualian cukai pendapatan selain menyertai pelbagai kempen anjuran TH.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan akaun atau sebarang perkhidmatan TH, orang ramai boleh merujuk di laman web rasmi, www.tabunghaji.gov.my atau terus menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) di 03-6207 1919. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI