fbpx

NGO Pulau Pinang mahu perundangan syariah ditambahbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmi (kanan) menyerahkan memorandum kepada m Samsudin di pejabat MAINPP, Jalan Macalister, George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pulau Pinang yang bernaung di bawah Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menyerahkan memorandum kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dalam usaha untuk menambah baik sistem perundangan syariah negara.

Pengerusi Pembela Pulau Pinang, Azmi Jaafar berkata, pihaknya berharap MAINPP dapat memainkan peranan proaktif dalam cabaran-cabaran perundangan syariah pada masa kini.

“Sekiranya tiada tindakan yang tuntas dibuat sekarang berkemungkinan padah yang lebih besar akan menimpa umat Islam.

“Umat Islam sebagai kaum majoriti di Malaysia merasakan himpitan perundangan yang dihadapi sekarang akan memberi kesan negatif terhadap usaha untuk mengarusperdanakan syariah di dalam negara kita,” katanya ketika ditemui di pekarangan pejabat MAINPP di sini hari ini.

Memorandum berkenaan diserahkan kepada Setiausaha MAINPP, Datuk Samsudin Bakar.

Menurut Azmi lagi, sebagai pihak berkuasa utama agama Islam dalam negeri pihaknya menyeru MAINPP dan majlis agama Islam negeri lain agar memastikan jawatankuasa teknikal yang sedia ada untuk mengkaji semua undang-undang samada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang syariah negeri agar ditambah baik.

“Selain ditambah baik, undang-undang berkenaan juga perlu dipinda untuk tidak lagi memberi ruang kepada sebarang cabaran serta kekurangan pada masa akan datang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI