fbpx

Padah berhibur langgar PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Keasyikan 183 pengunjung sebuah pusat hiburan di Jalan Bukit Bintang di sini berhibur tanpa mempedulikan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mengundang padah apabila premis tersebut diserbu polis lewat malam tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, kesemua pengunjung itu ditahan menerusi serbuan Ops Noda oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada pukul 12.50 tengah malam tadi.

“Ketika serbuan dilakukan, kami dapati premis hiburan terbabit beroperasi melebihi pukul 12 tengah malam dengan memainkan muzik kuat selain pengunjung yang berkumpul dalam keadaan sesak serta tidak menghiraukan penjarakan fizikal.

“Keadaan kemudiannya berjaya dikawal dan kesemua 183 pengunjung warga tempatan serta asing berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an telah ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.

Menurut Rohan Shah, turut ditahan adalah 12 pekerja premis berkenaan termasuk enam pekerja warga asing yang dipercayai bekerja tanpa permit kerja sah dan turut merampas pelbagai peralatan seperti pembesar suara, telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM2,000.

“Semakan mendapati premis ini beroperasi dengan menggunakan lesen restoran namun menjadikan premis sebagai pusat hiburan.

“Kesemua inidividu yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut selain kompaun,” ujar beliau.

Rohan Shah menegaskan, kes disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1993, Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020 dan Seksyen 4(1) Akta Hiburan 1952. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI