fbpx

Awas dengan scammer jual kucing baka Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan dua cattery berpusat di Ukraine yang tidak lagi diperakui sijil pedigri oleh Kelab Kucing Malaysia.

PUTRAJAYA – Peminat kucing di negara ini diingatkan agar berwaspada dengan penjualan kucing kacukan yang berasal dari Ukraine terutama menerusi laman sesawang antarabangsa.

Nasihat tersebut disuarakan Presiden Kelab Kucing Malaysia, Khalid Rashid susulan banyak kes cattery atau premis pembiakan kucing dari negara Eropah itu diragui status kesahihan.

“Jika boleh jangan layan sangat si penipu ni sebab banyak ‘scammer’ terutama dari Ukraine yang aktif jual kononnya baka terbaik, padahal ia kucing sampah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 1 November 2021 lalu, kelab berkenaan memutuskan enggan menerima lagi sebarang proses penukaran sijil tauliah cattery dari Ukraine kerana isu salasilah kacukan dipertikaikan.

Bagaimanapun 1 Mac lalu, Persekutuan Kucing Antarabangsa (Fife) mengumumkan sekatan ke atas kucing dari Rusia sebagai bantahan isu pencerobohan negara itu terhadap Ukraine.

Lembaga Pengarahnya yang berpusat di Luxembourg menerusi kenyataan berkata, sekatan itu hanya bersifat sementara hingga 31 Mei depan dan akan disemak kembali apabila perlu.

Langkah tegas itu mengakibatkan kucing berasal dari Rusia dilarang daripada menyertai mana-mana pameran anjuran Fife di luar negara tersebut tanpa mengira siapakah organisasinya.

Mengulas lanjut, Khalid menambah, peminat sebenarnya masih lagi boleh membeli kucing dari Ukraine, namun pada ketika ini ada risiko yang membahayakan nyawa mamalia berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI