MAUDY Ayunda bukan sahaja terkenal dek kejelitaannya, bahkan turut dikenali sebagai selebriti genius.
Tidak hairanlah jika pelakon dan penyanyi itu menjadi kegilaan ramai lelaki yang ingin mendekatinya.
Ketika ditanya tentang lelaki idamannya, selebriti berusia 27 tahun itu berterus terang tentang kriteria jejaka diidamkannya.
Pelantun lagu Cinta Datang Terlambat itu sebenarnya tidak meletakkan syarat tinggi terhadap lelaki yang mahu dijadikan kekasihnya.
“Saya tidak kisah jika lelaki itu tidak pintar. Kepintaran seseorang itu bergantung kepada apa yang mereka lakukan. Semua orang boleh menjadi pintar. Saya juga tidak pedulikan kekayaan,” ujarnya.