fbpx

Kedutaan Ukraine guna Syeikh Al-Azhar mohon simpati?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan hantaran Syeikh Al-Azhar dikongsi oleh Kedutaan Ukraine di Malaysia.

PUTRAJAYA – Mungkin kerana menyedari banyak negara Islam mulai bercenderung ke arah Rusia, Kedutaan Ukraine di Kuala Lumpur dilihat terpaksa menukar strategi perang sarafnya.

Terbaharu, pejabat diplomatik negara Eropah tersebut memuat naik hantaran daripada Syeikh Al-Azhar, Dr. Ahmed Mohamed Ahmed El-Tayyib bagi menagih simpati Muslim di negara ini.

Pentadbir laman sosial kedutaan berkenaan menulis keterangan ayat ringkas Imam Besar itu turut menyertai seruan keamanan bagi Ukraine dengan tanda pagarnya Stand With Ukraine.

“Saya menggesa masyarakat antarabangsa agar meningkatkan bantuan kepada Ukraine dan menamatkan perang sambil memohon Allah bagi membantu mereka,” kata Ahmed Mohamed.

Meskipun tokoh tertinggi Islam berpangkalan di Kaherah, Mesir itu langsung tidak pun sebut nama Rusia, namun Kedutaan Ukraine pula meletakkan tanda pagar Stop Russian Aggression.

Tindakan yang boleh dianggap amat terdesak itu susulan kemerosotan sokongan pelbagai negara Islam apabila Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky memohon bantuan dari rejim Israel.

Malahan, bekas pelawak yang berusia 44 tahun ini sanggup menghubungi Perdana Menteri negara haram Zionis itu, Naftali Bennet bagi memujuk Rusia agar menghentikan serangannya.

Tidak cukup dengan usaha tersebut, Zelensky cuba mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Hebrew meminta umat Yahudi seluruh dunia bersatu menekan Rusia dalam pelbagai aspek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI