fbpx

Hujan lebat luar biasa 2 jam punca banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Banjir kilat melanda sekitar Jalan Melaka di pusat bandar Kuala Lumpur akibat daripada hujan lebat yang berterusan semalam. Foto oleh AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Hujan lebat luar biasa yang berlarutan dalam tempoh dua jam menjadi punca berlakunya banjir kilat di ibu negara petang semalam.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bacaan kadar taburan hujan yang tinggi dengan bacaan 106.5 milimeter (mm) direkodkan di Stesen Taman Desa Smart, Kuala Lumpur.

“Bacaan lebih tinggi pula direkodkan di Stesen Air Panas dengan bacaan 155 milimeter hanya dalam tempoh dua jam.

“Dalam tempoh setahun, bacaan hujan adalah 2,500 mm menjadikan purata bacaan kira-kira 200 mm sebulan, namun dalam tempoh dua jam sahaja bacaan yang direkodkan adalah melebihi 106 mm iaitu lebih setengah purata bulanan.

“Kejadian banjir berpunca daripada hujan lebat luar biasa dalam tempoh dua jam menyebabkan sistem perparitan sedia ada tidak dapat menampung kapasiti aliran air yang tinggi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas berhubung banjir kilat di Kuala Lumpur dan Lembah Klang di Pusat Kawalan Terowong SMART di sini malam tadi.

Tambahnya , semua infrastruktur sistem kawalan banjir di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan (JPSWKL) telah beroperasi dengan baik mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Terowong SMART juga berkesan cuma air banyak sangat dalam beberapa jam dan ia berisiko. Tapi akan datang kita rancang untuk tinggikan ban di sungai dan tingkatkan hebahan melalui ramalan MetMalaysia.

“Ia adalah supaya ketepatan ramalan ditingkat dan pada masa sama, kita juga galakkan masyarakat terlibat dalam usaha memberikan laporan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI