fbpx

Tiada ban pecah di Taman Sri Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANJIR buruk melanda sebuah perumahan di Sri Muda, Shah Alam baru-baru ini.

SHAH ALAM – Tiada ban pecah di sekitar kunci air Taman Sri Muda sebaliknya air mengalir menerusi tebing di lokasi tersebut.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, berdasarkan semakan air Sungai Klang melimpah dari tebing kira-kira pukul 7 malam.

“Ban di sekeliling kunci air berdekatan sungai tersebut tidak pecah seperti yang berlaku pada minggu lalu.

“Trend air mula menurun bermula pukul 9 malam tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, V. Ganabatirau yang melawat dan membuat live di kawasan sekitar lokasi tersebut berharap Jabatan Pengairan dan Saliran memainkan peranan dalam meningkatkan fungsi pam kunci air.

“Hari ini (semalam) masyarakat (Taman Sri Muda) semua tidak boleh tidur kerana risau adakah sekali lagi perlu melalu tragedi seperti pada bulan Disember lalu,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI