fbpx

Bastianini lakukan kejutan di GP Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BASTIANINI ceria sambil mengucup trofi kemenangan selepas muncul juara pelumbaan MotoGP pada GP Qatar di Litar Antarabangsa Losail, Doha kelmarin. – AFP

DOHA – Pelumba Itali, Enea Bastianini melekar sejarah selepas melakukan kejutan meraih kemenangan pertama dalam ­kariernya ketika berjuang pada aksi pembukaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada Grand Prix (GP) Qatar di Litar Antarabangsa Losail kelmarin.

Justeru, Bastianini mengha­diahkan kemenangan sulungnya dalam kelas utama itu buat bekas bos pasukan Gresini Racing, Fausto Gresini yang meninggal dunia tahun lalu kerana Covid-19.

Lebih menarik pelumba ber­usia 24 tahun itu berjaya mena­matkan pengakhiran 16 tahun pasukan Gresini Racing ­untuk kembali meraih kemenangan GP selepas kali terakhir melakukannya pada 2006 menerusi Tone Elias.

“Pastinya ia adalah perlumbaan dan kemenangan yang menakjubkan. Saya benar-benar tidak menjangkakan hari ini kami berjaya menaiki podium untuk menjulang trofi kemenangan.

“Pastinya hari ini perlumbaan yang benar-benar sengit kerana pada penghujung saingan, Pol Espargaro sangat rapat dengan saya. Kemudian, saya dapat rasakan mampu mencatat kemenangan dan akhirnya saya berjaya melakukannya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan yang bekerja keras sejak saingan MotoGP bermula dan kemenangan ini adalah buat semua. Saya mendedikasikan kemenangan ini buat Fausto dan semua.

Pada saingan itu, pelumba Afrika Selatan, Brad Binder (KTM) mengakhiri perlumbaan tempat kedua dan ia adalah podium pertamanya di Qatar selepas tampil cemerlang ketika mengemudi jentera KTM RC16. Sementara itu, pelumba Honda, Pol Espargaro terpaksa berpuas hati tempat ketiga meskipun pada mulanya mendominasi saingan.

Sebagai rekod, Bastianini me­langkah ke kelas utama MotoGP pada 2021 selepas menjuarai gelaran dunia Moto2. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI