fbpx

Wanita terkaya Australia ikrar derma RM50 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkins memiliki 30 peratus saham dalam syarikat reka grafik popular, Canva. – Getty Images

CANBERRA – Salah seorang wanita terkaya di Australia berikrar untuk mendermakan semua kekayaannya yang berjumlah £9.2 bilion (RM50.8 bilion) menerusi skim utama yang dilaksanakan bagi menghapuskan kemiskinan tegar, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Canva, Melanie Perkins berkata, beliau dan suaminya, Cliff Obrecht membuat keputusan tersebut bagi melakukan amal kebajikan.

Canva merupakan platform reka grafik yang popular di seluruh dunia dengan Perkins memiliki 30 peratus saham dalam syarikat tersebut, yang kini dinilai pada harga £30 bilion (RM165.6 bilion).

Beliau telah mendaftar dalam kempen The Giving Pledge yang diasaskan oleh bilionair, Bill Gates, dan merancang untuk mendermakan kekayaannya ketika hidup menerusi sumbangan kebajikan serta usaha-usaha lain.

“Kami percaya terdapat wang yang mencukupi serta niat baik di dunia ini untuk menyelesaikan kebanyakan masalah dunia.

“Kami berfikir bahawa ini bukan sekadar peluang besar, namun satu tanggungjawab penting. Justeru itu, kami ingin menghabiskan seumur hidup untuk melaksanakan usaha itu.

“Siapa memerlukan kesemua wang itu? Secara peribadi?” kata Perkins dalam surat ikrar yang ditulisnya.

Dalam pada itu, Obrecht berkata, beliau dan isterinya komited untuk mendermakan kesemua wang milik mereka bagi menjadikan dunia ini lebih baik.

“Kami menjalani kehidupan yang agak sederhana dan tidak nampak keperluan untuk mengumpul kekayaan semata-mata,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI