fbpx

Inter Milan bakal tampil aksi ‘gila’ untuk loloskan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTINEZ dijangka menjadi sandaran utama Inter untuk melakar keajaiban di Anfield, sekali gus mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara di Anfield awal pagi esok. – AFP

MILAN – Inter Milan masih belum berputus asa untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara meskipun tewas 0-2 kepada Liverpool pada perlawanan pertama pusingan 16 terbaik di San Siro bulan lalu.

Sebaliknya, penyandang juara Serie A itu ada motivasi terbaik untuk melakar magis menjelang aksi timbal balik yang dijadual berlangsung di Stadium Anfield awal pagi esok.

Inter berada pada momentum terbaik ketika ini terutamanya penyerang, Lautaro Martinez yang meledak hatrik ketika membelasah Salernitana 5-0 pada saingan Serie A Sabtu lalu.

Justeru, pemain tengah Nerazzurri, Nicolo Barella menegaskan, mereka tidak perlu bimbang selain menggesa rakan-rakan sepasukan menampilkan aksi ‘gila’ jika mahu melakar keajaiban di Anfield.

“Kemenangan ke atas Salernitana menjadi suntikan semangat buat kami untuk aksi bertemu Liverpool. Bermain di Anfield adalah satu pengalaman hebat, namun kami tidak bimbang kerana Inter hanya mahukan kemenangan.

“Kami perlu tampilkan aksi luar biasa jika mahu ubah keputusan sebelum ini. Saya fikir semua orang tahu Inter sangat ‘gila’ dan apa sahaja boleh berlaku nanti,” katanya.

Dalam pada itu, penolong jurulatih Inter, Massimiliano Farris berkata, mereka perlu percaya pada diri sendiri memandangkan mereka menampilkan aksi cukup baik ketika pertemuan pertama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI