fbpx

Peluang Gergasi Merah perbaiki diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FEICHTENBEINER (kanan) mahu anak-anak buahnya kembali fokus pada aksi Liga Super menentang Sri Pahang di Kuantan malam ini.

PENUNDAAN aksi menentang Sri Pahang FC memberi ‘nafas’ buat pengendali Selangor, Michael Feichtenbeiner untuk mempersiapkan pasukan bagi memastikan pemain benar-benar bersedia bagi berdepan musim baharu penuh getir.

Berdasarkan keputusan seri 3-3 menentang KL City di Sta­dium Bola Sepak Kuala Lumpur, Jumaat lalu, kekebalan barisan pertahanan menjadi topik utama yang akan dibincangkan oleh barisan kejurulatihan Gergasi Merah.

“Keputusan seri itu mungkin sedikit sebanyak menggembirakan penyokong tetapi tidak untuk barisan kejurulatihan. Kami perlu tingkatkan lagi aspek pertahanan pasukan.

“Perkara bagus yang kami dapat ambil daripada perlawanan dengan KL City adalah keinginan pemain. Pemain tunjukkan kemahuan untuk menang dalam setiap perlawanan,” katanya.

Aksi Selangor dan Sri Pahang sepatutnya berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari ini, namun terpaksa ditunda ke satu tarikh lain selepas skuad Tok Gajah dilanda krisis Covid-19 apabila 20 pemain dan pegawai telah didapati positif.

Berbicara tentang kualiti jentera serangan, Feichtenbeiner nyata berpuas hati dengan komitmen pemain, kekal berdisiplin ketika melakukan asakan dan turut membantu pertahanan setiap kali kehilangan bola.

Ekoran penundaan aksi menentang Sri Pahang, ujian terdekat yang bakal dihadapi Selangor adalah bertemu Harini FT pada kempen Piala FA Jumaat ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI