fbpx

Perak berhempas-pulas sebelum menang ke atas UiTM 1-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Perak, Shahrel Fikri (kiri) meraikan jaringan gol pada aksi CIMB Liga Super 2020 antara Perak dan Uitm FC di Stadium Perak, Ipoh malam ini.

Oleh AZIZAN HASHIM

IPOH – Perak menamat badi kekalahan dua perlawanan apabila mengatasi UiTM FC 1-0 di Stadium Perak di sini sebentar tadi.

Jaringan tunggal Muhammad Shahrel Fikri pada minit ke-3 cukup buat Bos Gaurus menebus aib selepas dimalukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini.

Walaupun menang tipis, kejayaan malam ini pasti membuat kem Perak menghela nafas lega selepas terpaksa berhempas-pulas untuk nencatat kemenangan ini.

Turun dengan tekad menebus aib berikutan menjadi mangsa belasahan Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu lalu, Mehmet Durakovic melakukan rombakan dalam usaha memantapkan pasukan.

Langkah itu nyata berkesan apabila Perak bermula garang sebaik sepak mula.

Tuan rumah tidak perlu menunggu lama apabila Shahrel Fikri meletak mereka di hadapan seawal minit ke-3 apabila menanduk ke penjuru kanan bola hantaran Rafiuddin Roddin.

Shahrel Fikri berpeluang menambah jaringan tujuh minit kemudian tetapi gagal menyudahkan peluang di tepi pintu gol UiTM.

Perak terus mengasak dan mencipta beberapa peluang tetapi ketumpulan penyudah menyaksikan kedudukan kekal sehingga rehat.

Babak kedua menyaksikan perubahan corak anak buah Frank Bernhardt yang mula menekan tuan rumah tetapi penyudah tumpul menyaksikan UiTM terpaksa mengigit jari.

UiTM sepatutnya menyamakan kedudukan tetapi bola rembatan Gustavo Almeida Dos Santos berjaya dikawal Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.

Tuan rumah yang bergantung pada serangan balas turut berpeluang menambah jaringan tetapi pemain gantian, Farid Khazali gagal sempurna peluang terbuka pada minit ke-72. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI