fbpx

8 kawasan di Meru, Kapar banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN banjir kilat di sekitar Meru dan Kapar, Klang.

KLANG – Hujan lebat berterusan selama beberapa jam mengakibatkan lapan kawasan di sekitar Meru dan Kapar di sini, dilanda banjir kilat petang tadi.

Kejadian bermula kira-kira pukul 3 petang itu melibatkan Jalan Meru, Jalan Teratai, Jalan Cempaka, Jalan Paip, Jalan Sesenduk pekan Kapar, Taman Meru Daya dan Persiaran Hamzah Alang.

Selain kediaman penduduk, paras air hampir 0.5 meter itu memasuki asrama perempuan sebuah kilang namun tiada pemindahan mangsa dilakukan setakat ini.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar
bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 3.25 petang.

“Pemeriksaan ketika itu mendapati hujan lebat di semua lokasi berkenaan dan air naik sehingga paras betis.

“Situasi bagaimanapun masih terkawal dan tiada pemindahan mangsa dilakukan,” katanya.

Jelas Norazam, selain jalan, rumah penduduk dan asrama sebuah kilang terkemuka turut dinaiki air.

Dalam pada itu, sebuah video berdurasi 24 saat yang tular di media sosial memaparkan keadaan lalu lintas berdekatan sebuah pusat beli belah di Jalan Meru mengalami kesesakan teruk akibat turut dinaiki air.

Difahamkan, sebuah kenderaan orang awam turut terperangkap dalam banjir itu dan kawasan berkenaan tidak boleh dilalui setakat ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI