fbpx

Bayi perlu RM90,000 bedah jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD AIDAN SAGEEF ditempatkan di NICU Hospital Seberang Jaya.

SEBERANG PERAI – Seorang bayi berusia sebulan, Muhammad Aidan Saqeef Mohamud Syafirza memerlukan bantuan RM90,000 bagi membiayai pembedahan jantung.

Muhammad Aidan Saqeef kini ditempatkan di wad penjagaan intensif (NICU) Hospital Seberang Jaya di sini setelah didiagnosis mengidap masalah jantung yang serius.

Menurut bapanya, Mohamad Syafirza Sazali, 25, masalah yang dihadapi oleh anak tunggalnya itu mula dikesan doktor sejak berada dalam kandungan apabila degupan jantungnya semakin perlahan.

Kata Mohamad Syafirza, satu pembedahan jantung terpaksa dilakukan segera demi menyelamatkan nyawa si kecil itu, namun kos yang mencecah RM90,000 adalah di luar kemampuannya.

Menurutnya, dia hanya berpendapatan RM2,000 sebulan sebagai peniaga sayur sementara isterinya tidak bekerja.

Dalam pada itu, Pengerusi pertubuhan kebajikan, One Hope Charity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, keadaan Muhammad Aidan Saqeef ketika ini agak kritikal kerana bayi itu sering muntah-muntah dan ada asma.

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan ke laman web One Hopy Charity. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI