fbpx

GEME catat pertumbuhan untung 18.28%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. JAFFAR (dua dari kiri) menerima hadiah pada majlis penyampaian hadiah Kempen GEME di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kempen Pajak Gadai-i anjuran Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) iaitu Gadai Emas Menang Emas (GEME) telah berjaya merekodkan peningkatan pertumbuhan keuntungan sebanyak 18.28 peratus pada tahun berakhir 2021 berbanding tahun sebelumnya.

Kempen yang telah berlangsung selama 10 bulan, dari 1 Mac hingga 31 Disember 2021 itu telah mendapat sambutan yang baik, yang mana seramai 9,432 pelanggan melibatkan 15,011 akaun dan RM122.57 juta nilai pembiayaan baharu telah berjaya dikekalkan sepanjang tempoh kempen tersebut.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khai­rul Kamarudin berkata, menerusi perkhidmatan Pajak Gadai-i Bank Muamalat, pelanggan bukan sahaja dapat memenuhi ke­perluan tunai segera, malah dapat menggunakan perkhidmatan ini bagi ­penyimpanan emas.

“Sekali gus mereka layak secara automatik menyertai kempen GEME, yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM500,000,” katanya dalam ke­nyataan yang dikeluarkan di sini.

Tiga pelanggan bertuah telah terpilih sebagai pemenang ha­diah utama dalam cabutan yang diadakan baru-baru ini.

Mereka ialah Rogayah Harun dari Telok Panglima Garang, Se­langor berjaya memenangi ha­diah utama berupa barang kemas pelbagai jenis bernilai RM100,000.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Mohd. Jaffar Julaihi dari Kuching, Sarawak yang menerima barang kemas pelbagai jenis bernilai RM75,000 dan hadiah ketiga berupa barang kemas emas pelbagai jenis bernilai RM25,000 dimenangi oleh Idayu Artikah Taib dari Ampang, Se­langor.

Sementara itu, 100 pemenang bulanan telah menerima ha­diah berupa satu gram kepingan emas 999 (24k) eksklusif dengan logo Bank Muamalat setiap seorang, melalui cabutan bulanan yang dibuat sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI