fbpx

Dijel 7 bulan gigit isteri, ugut bunuh anak tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SELAYANG – Tindakan seorang pekerja kontrak binaan warga Indonesia yang memukul, serta menggigit lengan isterinya termasuk menggugut membunuh anak tirinya, mengundang padah apabila dia dihukum penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nur Hafizah Rajuni dan Majistret Nik Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu terhadap selepas tertuduh Samajhi, 48, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah memerintahkan kesemua hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tangkap pada 3 Mac lalu.

Di hadapan Majistret Nur Hafizah, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atasnya isterinya berumur 41 tahun di sebuah rumah pangsapuri di, Bandar Country Homes Rawang, pukul 12 tengah hari pada 13 Februari lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaaan, yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Sementara di hadapan Majistret Nik Fadli Samhaji didakwa melakukan ugutan jenayah sehingga mendatangkan ketakutan kepada anak tirinya berusia 21 tahun dengan menolak badan mangsa dan berkata “Kau jangan masuk campur, aku bunuh kau kalau kau masuk campur,” di lokasi, tarikh dan masa yang sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Selain itu, dia didakwa masuk ke Malaysia tanpa sebarang pas atau permit yang sah di sebuah rumah di Bandar Country Homes, pukul 10 malam pada 3 Mac lalu.

Mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) (Pindaan 2002) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya dan maksimum enam sebatan.

Bagi pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Majistret Nur Hafizah menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan manakala bagi ugutan membunuh dan masuk ke negara ini tanpa permit yang sah Majistret Nik Fadli masing-masing menjatuhkan penjara enam dan tiga bulan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI