BANDARAYA NEW YORK – Supermodel antarabangsa, Gigi Hadid berjanji untuk mendermakan bayaran yang diterima di pentas peragaan Minggu Fesyen kepada golongan yang terjejas akibat perang di Ukraine, lapor akhbar MailOnlie semalam.
Gigi berkongsi beberapa gambar mangsa perang di Ukraine daripada pelbagai program dan berkata, dia melakukan sumbangan yang agak besar bagi membantu mereka yang memerlukan.
Ikon fesyen itu menjelaskan bahawa walaupun kerjayanya hanya di pentas peragaan, dia berasa bertanggungjawab untuk turut menghulurkan bantuan.
Kali ini, dia melakukannya dengan menyumbang pendapatan penuh yang diterima daripada kempen fesyen Musim Gugur 2022 kepada organisasi-organisasi kebajikan Ukraine.
Dia juga menyatakan bahawa akan terus menyokong mereka yang mengalami perkara yang sama di Palestin. – Agensi