fbpx

Bekas pengetua maahad tahfiz dijamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH, Azizul Yahya (kiri) dibawa keluar selepas prosiding di Mahkamah Tinggi Ipoh di sini hari ini.

IPOH – Mahkamah Tinggi membenarkan bekas pengetua sebuah maahad tahfiz di Batu Gajah dibebaskan dengan jaminan RM20,000 berserta seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan kes amang seksual yang dihadapinya.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed turut mengenakan beberapa syarat ke atas Azizul Yahya, 30, termasuk dilarang mendekati mangsa dalam kes itu pada jarak satu kilometer.

Azizul juga dikehendaki menyerahkan pasportnya kepada mahkamah selain melaporkan diri di balai polis berhampiran di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah setiap bulan.

“Sekiranya pemohon melanggar syarat-syarat tersebut, maka jaminan akan dibatalkan dan dikehendaki ditahan reman semula sehingga perbicaraan kesnya selesai,” kata Abdul Wahab.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fajrul Shihar Abu Samah manakala Azizul diwakili peguam Mohamad Hafiz Jalaludin.

Mahkamah juga menetapkan kes disebut semula pada 29 April depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI