fbpx

Hamil 5 bulan, Raja llya kempunan rindu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAJA ILYA kini hamil lima bulan.

PETALING JAYA – Selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Raja Ilya mengumumkan dia kini sedang hamil lima bulan.

Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad berkongsi berita gembira yang telah lama disimpannya itu menerusi satu posting di Instagram bersama gambar terkini memperlihatkan ‘baby bump’ sebentar tadi.

“Syukur, ya betul, Ilya mengandung. Tak sabar sebenarnya nak kongsi berita ini dengan semua.

” Oleh kerana masa dan situasi tidak mengizinkan kami bercadang kongsi hari ini. Syukur, semuanya berjalan dengan lancar seperti yang ditentukan oleh Yang Maha Esa,” tulis Raja Ilya.

Pelakon yang berkahwin dengan lelaki Australia dan menetap di bumi kanggaru itu sejak 2019 turut meluahkan rasa rindunya untuk pulang ke Malaysia.

“Kami gembira di sini. Walaupun hati  rindu hendak balik Malaysia, balik Ipoh jumpa keluarga, rindu hendak berlakon jumpa kawan-kawan.

“Sejujurnya, rasa kempunan rindu itu melebihi rasa mengidam makanan ketika mengandung ini,” kongsi Raja Ilya.

Lebih manis, dia bakal melahirkan anak di Australia pada bulan Julai depan berhampiran dengan ulang tahun kelahirannya yang ke -37.

Sepanjang lima bulan melalui pengalaman hamil, Raja Ilya yang popular menerusi filem Suamiku, Encik Perfect 10,  mendedahkan bukan mudah untuk menjadi seorang ibu.

“Memandangkan Ilya akan bersalin di Australia, harap ramai yang boleh kongsi tips.

“Pengalaman yang Ilya lalui sepanjang lima bulan ini, sangat sukar, bukan mudah rupanya hendak jadi ibu.

“Tetapi dalam masa yang sama teruja dan bersyukur. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan selama ini,” ujar Raja Ilya.

Raja Ilya berkahwin dengan lelaki Australia, Trent Garrett pada 23 Disember 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI